Advertisement

Wednesday, May 2, 2012

Apa itu PHP



Buat masa ni kita story la dulu pasal Open Source erk… Lebih2 lagi untuk pembangunan website. Kali ini aku nak kenalkan kat korang pasal PHP. Ini adalah untuk pengenalan bagi yang tak familiar lagi. Baiklah kita mulakan sekarang…
PHP adalah: PHP ( Hypertext Preprocessor). PHP adalah bahasa skrip (scripting) yang boleh berinteraksi dengan server. Ia juga boleh digunakan di dalam HTML itu sendiri. Ini bermakna PHP dan HTML boleh digabungkan bersama.
Ini menjadikan PHP ini lebih senang difahami berbanding dengan pesaingnya yang lain seperti ASP, Cold Fusion, JSP, Perl, Python dan lain-lain. PHP telah dicipta terutama untuk kegunaan sistem berasaskan web dan boleh menghubungkan iaitu query database menggunakan simple task yang boleh diuruskan dengan 3-4 baris kod sahaja. PHP ini juga disokong oleh perisian pengkalan data Open Source lain seperti Mysql dan Apache. Nanti aku cerita pulak mengenai Mysql dan Apache ni.
Fakta Menarik Tentang PHP
  • Lebih 2o juta domain menggunakan PHP sebagai bahasa pengaturcaraannya. Sumber: www.php.net/usage.php
  • Digunakan oleh syarikat gergasi seperti Yahoo.com, Google.com, eBay.com, FaceBook.com, Nokia.com, Oracle.com, Wikimedia.com, InternetNews.com.
  • Laman web rasminya PHP: www.php.net
Walaupun demikian penggunaannya masih baru di Malaysia. Namun sedang meningkat popular dari hari ke hari kerana semakin banyak syarikat (termasuk jabatan kerajaan) yang mula membangunkan sistem menggunakan sumber terbuka PHP & MySQL.
Secara kesimpulannya, PHP ialah bahasa pengaturacaraan. Bagi sesebuah sistem, akan ada data yang disimpan. Ia perlu disimpan di pangkalan data supaya mudah dicapai semula. Oleh yang demikian sebuah pangkalan data diperlukan.

1 ulasan:

terbaik bro.. hensom la...haha... boleh buat komuniti blogger uitm kelantan ni... org kuat dah ada blog...

Post a Comment